Home English News Anwar tiba di India untuk lawatan 5 hari

Anwar tiba di India untuk lawatan 5 hari

852
0
SHARE
Ad

NEW DELHI — Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di New Delhi pada Selasa untuk lawatan lima hari dan bakal mengadakan perbincangan dengan pemimpin kerajaan dan perniagaan.

Beliau turut dijadual berucap di persidangan ‘Dialog Raisina’ pada Khamis, anjuran kumpulan pemikir Yayasan Pemerhati Penyelidikan (ORF) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar India.

Turut menyertai lawatan itu empat anggota Parlimen Malaysia.

#TamilSchoolmychoice

Pada Jumaat Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri negeri Karnataka, H. D. Kumaraswamy di Bengaluru di samping menyertai interaksi perniagaan anjuran Gabungan Industri India (CII).

Selain itu, beliau bakal bertemu sekumpulan pemimpin kanan industri teknologi, kata seorang pegawai CII kepada Bernama.

Menurut laman web ORF, ‘Dialog Raisina’ adalah persidangan pelbagai hala bertujuan menangani isu paling mencabar yang dihadapi masyarakat global.

— BERNAMA