Home English News KBS hormati keputusan Kizierowski untuk tidak menjadi jurulatih!

KBS hormati keputusan Kizierowski untuk tidak menjadi jurulatih!

712
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghormati keputusan bekas perenang Olimpik, Bartlomiej Kizierowski yang menolak tawaran sebagai jurulatih renang kebangsaan susulan dasar Malaysia melarang atlet Israel memasuki negara ini.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata KBS tidak berhak mempertikaikan keputusan Kizierowski yang berbuat demikian atas pendiriannya.

“Kita hormati pilihan dia (menolak tawaran), saya telahpun berhubung dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan kita masih ada jurulatih kebangsaan yang akan mengambil alih (tugas beliau) buat masa ini… sambil kita mencari jurulatih yang lain kita ada pilihan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Beliau mengulas kenyataan Kizierowski yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya Khamis lepas yang mengesahkan keputusan tidak menerima pelawaan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) sebagai jurulatih renang susulan larangan atlet Israel memasuki Malaysia.

Terdahulu Syed Saddiq  menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan MSN.

BERNAMA