Home English News Kerajaan belum cadang kawasan khas untuk merokok- Dr. Lee

Kerajaan belum cadang kawasan khas untuk merokok- Dr. Lee

672
0
SHARE
Ad

TAIPING: Kerajaan belum bercadang untuk mewujudkan kawasan khas merokok di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata larangan me­rokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Jan lepas telah dikuat kuasa jadi sekiranya kawasan khas itu diwujudkan ia akan menggalakkan perokok untuk merokok.

“Mereka yang merokok, kerajaan tidak larang, tetapi mereka perlu menghormati mereka yang tidak merokok. Bagi restoran, perokok hendaklah merokok dalam jarak tiga meter supaya asap rokok tidak terkena kepada orang yang tidak merokok,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Kesedaran Penyakit Rabies di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Dr Lee berkata bagaimanapun, kerajaan tidak menganggap perokok itu penjenayah namun perlu menghormati hak mereka yang tidak merokok dengan merokok di kawasan persendirian dan tidak merokok di tempat yang tidak dibenarkan.

Pada 4 Jan lepas, Dr Lee berkata kementeriannya akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama dengan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan.

Ia (saman) dikeluarkan terhadap perokok yang masih berdegil selepas pendekatan memberi amaran secara lisan terlebih dahulu kepada golongan berkenaan berakhir.

– BERNAMA