Home English News Klang catat 1,575 kes Denggi setakat 19 Januari

Klang catat 1,575 kes Denggi setakat 19 Januari

142
0
SHARE

KLANG: Daerah Klang mencatatkan peningkatan wabak denggi yang membimbangkan apabila sebanyak 1,575 kes dan dua kematian dilaporkan sehingga 19 Jan ini berbanding 1,300 kes sepanjang bulan Januari tahun lalu.

Antara kawasan wabak denggi ialah di Pangsapuri Damai iaitu 47 kes, Pangsapuri  Rimau Perdana (37 kes), Pangsapuri Mediterranean (35 kes),  Pangsapuri Sri Nervilla (33 kes), Jalan Semagagah (30 kes) dan 29 kes di Pangsapuri Ken Rimba.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya akan melancarkan operasi pemeriksaan di rumah dan premis yang disyaki menjadi sarang pembiakan jentik-jentik dan nyamuk Aedes selepas sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

“Kami akan mengeluarkan kompaun maksimum RM1,000 kepada pemilik premis atau kediaman yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan MPK, di sini, hari ini.

– BERNAMA

Comments