Home English News Selangor catat kes tertinggi Chikungunya

Selangor catat kes tertinggi Chikungunya

1166
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 kes Chikungunya dicatatkan di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi bagi tempoh awal tahun ini hingga 7 Feb lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan 23 kes diikuti Melaka (9), Kelantan (6) dan Perlis (1 kes).

“Tindakan pencegahan dan kawalan telah dilaksanakan selepas kes Chikungunya dilaporkan pada 29 Jan lalu di Tanjung Sepat, Selangor.

#TamilSchoolmychoice

“Sebanyak 23 kes disahkan dijangkiti penyakit Chikungunya dan semua mangsa dirawat sebagai pesakit luar serta tiada kematian yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya  dalam tempoh itu sebanyak 1,740 rumah telah dibuat semburan kabus dan aktiviti gotong-royong bersepadu dilaksanakan di kawasan terbabit yang mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes tertinggi iaitu 3.8 peratus.

Dr Noor Hisham meminta orang ramai dan jawatankuasa penduduk meningkatkan aktiviti pembersihan persekitaran bagi memusnahkan tempat pembiakan aedes di tempat masing-masing.

Katanya penglibatan masyarakat dalam memastikan persekitaran bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes akan dapat mencegah penularan penyakit Chikungunya, denggi dan zika.

-BERNAMA