Home English News Ibu bapa punyai anak terjebak dadah mungkin diwajibkan ikuti kaunseling

Ibu bapa punyai anak terjebak dadah mungkin diwajibkan ikuti kaunseling

1721
0
SHARE
Ad

KUANTAN: Ibu bapa yang anak mereka terjebak dalam penyalahgunaan dadah mungkin akan diwajibkan mengikuti sesi kaunseling, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Katanya perkara itu telah dipersetujui  oleh  jawatankuasa  kabinet mengenai maslaah dadah susulan saranan AADK dengan mengambil kira peranan ibu bapa dalam membantu  anak  bebas  dadah.

“Setakat ini, kebanyakan ibu bapa yang hadir ke majlis anjuran AADK bersama masyarakat adalah ibu bapa yang anaknya tidak terlibat dengan masalah dadah.

#TamilSchoolmychoice

“Apabila sesi kauseling itu diwajibkan kelak, kita harap ibu bapa lebih berpengetahuan tentang masalah tersebut dan cara untuk membantu anak mereka,” katanya.

Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi AADK Pahang Bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di Indera Mahkota di sini, semalam.

Mengulas mengenai penagihan dadah di Pahang, Zulkifli berkata masalah itu menunjukkan pengurangan dengan hanya empat kawasan dikategorikan sebagai ‘merah’ berbanding 12 sebelum ini.

“Empat kawasan terbabit ialah Kuantan, Chini, Bandar Jengka dan Jerantut dengan kawasan tanah rancangan merupakan antara penyumbang utama masalah ini,” katanya.

Zulkifli berkata pihaknya giat bekerjasama dengan Felda dalam usaha mengurangkan masalah penagihan dadah di kawasan tanah rancangan.

– BERNAMA