Home English News Marzuki dilantik sebagai timbalan menteri atas kredibiliti – Waytha Moorthy

Marzuki dilantik sebagai timbalan menteri atas kredibiliti – Waytha Moorthy

1015
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya dipilih oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  atas dasar kredibiliti, kekuatan politik  dengan  pihak  akar umbi dan sumbangan beliau kepada  kemenangan kerajaan Pakatan  Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Mei 2018.

Waytha Moorthy dalam satu kenyataan hari ini berkata, isu Setiausaha Agung Parti  Pribumi Bersatu  Malaysia  mempunyai  ijazah yang tidak diiktiraf bukanlah kriteria untuk  beliau  dilantik  di dalam pentadbiran  sekarang ini.

“Marzuki telah menjelaskan isu mengapa  beliau  memperoleh  ijazah berkenaan, yang berlaku kira-kira 17 tahun yang lepas dan ini sepatutnya sudah memadai untuk beliau  meneruskan  tugasnya sebagai Timbalan  Menteri  Luar,” katanya.

#TamilSchoolmychoice

Waytha Moorthy berkata, para pemimpin PH adalah  berkredibiliti  meskipun di tahap mana pendidikan tinggi mereka.

“Mereka mampu dan berupaya untuk memenuhi kehendak orang ramai yang mahukan Malaysia dipulih semula, yang kini  berusaha untuk membasmi rasuah dan salah laku,” katanya.

Waytha Moorthy berkata, hingga kini, Marzuki telah melaksanakan prestasi yang bagus dalam kapasitinya sebagai  Timbalan Menteri Luar dan diterima baik oleh orang ramai dan para perwakilan luar.

Beliau berkata, ‘pendedahan’ bahawa  Marzuki  memegang  ijazah yang dipertikaikan, hanya bermotifkan politik yang bertujuan  untuk mencemarkan kerajaan PH oleh pihak pembangkang.

“Saya berharap rakyat Malaysia, yang mengundi untuk  kerajaan  baharu bagi menamatkan rejim 60 tahun itu yang diketuai  oleh  Barisan Nasional, akan menyedari bahawa tindakan oleh sesetengah pihak  untuk  mengetengahkan  perkara  bukan  menjadi isu ini hanyalah untuk mencalar kredibiliti dan keyakinan yang diletakkan  rakyat  kepada  kerajaan  Pakatan  Harapan,” katanya.

Pada Jumaat, Marzuki menunjukkan satu salinan transkrip rekod  akademik dan sijil ijazahnya dari  Cambridge International University (CIU) di Amerika sebagai  bukti  bahawa  beliau  seorang lulusan CIU dan bukannya University of Cambridge, United Kingdom.

Aktivis politik, Muhsin Abdul Latheef  membuat  laporan  polis  terhadap pemegang akaun Facebook,    Zulfahan Pagon yang mendakwa bahawa program pendidikan jarak jauh bagi  pentadbiran perniagaan yang diambil oleh Marzuki tidak wujud di University of Cambridge.

Zulfahan Pagon memuatkan posting itu pada 3 Feb.

-BERNAMA