Home English News Tarif air di Negeri Sembilan tidak naik!

Tarif air di Negeri Sembilan tidak naik!

902
0
SHARE
Ad

SEREMBAN: Kadar tarif air di negeri ini tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata perkara itu diputuskan hasil mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji cadangan kenaikan kadar tarif air yang dikemukakan kerajaan pusat serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bulan lalu.

“Buat masa ini tiada kenaikan tarif air termasuk tarif air industri selepas melihat kepada kepentingan rakyat.

#TamilSchoolmychoice

“SPAN boleh cadangkan kenaikan tetapi bergantung kepada kerajaan negeri dalam mempertimbangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Bulan lalu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara ber­peringkat tahun ini se­laras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Katanya kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin in­dustri tersebut dari sudut perkhidmatan.

– BERNAMA