Home English News Tingkat kecekapan risikan untuk hadapi ancaman keganasan lebih kompleks- Mahathir

Tingkat kecekapan risikan untuk hadapi ancaman keganasan lebih kompleks- Mahathir

1542
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu meningkatkan  kecekapan  risikan  dalam  menghadapi  ancaman  keganasan yang lebih kompleks dan mencabar, kata  Perdana  Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Beliau berkata ancaman peperangan di Malaysia tidak seperti  ancaman di negara lain yang kemungkinan akan diserang oleh  negara jiran atau kuasa besar dan mereka perlu angkatan tentera yang besar untuk pertahanan negara, tapi masalah kita  adalah  menangani pengganas.

“Masalah kita sekarang ialah masalah menangani pengganas, dan mereka ini bukan kita dapat lihat beruniform dan boleh dikenali, kita tidak tahu siapa pengganas.

#TamilSchoolmychoice

“Persediaan kita tertumpu kepada maklumat, intelligence  (perisikan), mesti lebih awal lagi kenal pasti kemungkinan  seseorang menjadi pengganas, kerana ianya sedang dilatih atau  ada hubungan rapat dengan puak pengganas,” katanya  ketika  sesi dialog bersama warga ATM sempena lawatan pertamanya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Menurutnya, kejayaan memerangi pengganas bukan bergantung  kepada “keupayaan kita berperang tetapi  lebih  tertumpu  kepada keupayaan kita menyelidik dan mendapat maklumat lebih awal untuk benteras keganasan.”

BERNAMA