Home English News Tambah peluang kerja di sektor swasta, wujudkan banyak sektor pembuatan- Mahathir

Tambah peluang kerja di sektor swasta, wujudkan banyak sektor pembuatan- Mahathir

529
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir  Mohamad  berkata  kerajaan  berhasrat membangunkan lebih banyak peluang kerja di sektor  swasta dengan gaji yang lebih lumayan seperti dalam sektor  pembuatan.

Perdana menteri berkata dengan kaedah berkenaan ia dapat mengurangkan kebergantungan rakyat  untuk bekerja di sektor awam.

“Sebab itu kita perlu bangunkan negara dalam bidang pembuatan umpamanya supaya lebih ramai kita berpindah daripada kerja dengan kerajaan kepada kerja dengan swasta dan meningkatkan  keupayaan mereka supaya hasil lebih tinggi daripada pegawai biasa dalam kerajaan,” katanya pada sesi dialog bersama warga  Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Beliau berkata penggunaan teknologi maklumat juga boleh membantu kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketika ini seramai 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja di sektor awam dan jumlah itu terlalu besar dan perlu dikurangkan.

“Apabila saya berundur sebagai  Perdana  Menteri anggota  pentadbiran hanya 1 juta orang sekarang seramai 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700 ribu lagi. Saya berpendapat hari ini jumlah anggota kerajaan terlalu besar dan ia perlu dikurangkan,” katanya.

– BERNAMA