Home English News Sultan Sallehuddin pengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 hari kedua

Sultan Sallehuddin pengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 hari kedua

273
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah mempengerusikan hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253, hari ini, di Istana Negara.

Semua Raja-raja Melayu berangkat hadir pada mesyuarat yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu kecuali Terengganu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat hadir pada mesyuarat hari ini, diiringi  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Raja-raja Melayu yang berangkat hadir ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Pahang diwakili Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

-BERNAMA

 

Comments