Home English News Kes rusuhan kuil: Pengurusan kes 18 April

Kes rusuhan kuil: Pengurusan kes 18 April

797
0
SHARE
Ad

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 18 April  untuk  pengurusan kes 18 individu yang didakwa berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, di sini, November tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menetapkan tarikh tersebut setelah pihak pendakwaan memaklumkan dokumen untuk diserahkan kepada pihak pembelaan masih belum lengkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Hezri Shahari dan Azlan Roni.

#TamilSchoolmychoice

Terdahulu, penjamin kepada  seorang tertuduh  Mohd Khairi Abd Rashid  memberitahu mahkamah bahawa  tertuduh itu tidak hadir pada sebutan kes  hari ini kerana ditahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi membantu siasatan kes berasingan.

Sejak 4 Dis lalu, seramai 18 individu telah didakwa melibatkan diri dalam rusuhan dengan memiliki senjata berbahaya untuk menyerang.

Mereka ialah Mohd Khairi, Mohd  Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi, Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu, Nor Azmi Abdul Ghani, Muhammad Ridzuan Sekh Ruslan, Rozaihan Jamaludin, Mohammad Shahril Danniel Sajel, Mohammad Saifullah Abdullah, Muhammad Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Aziz, Mohd Norul Ismawi Islahuddin, Muhammad Qayyum Mohd Faisal dan M. Manimaran Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 Nov tahun lalu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

   – BERNAMA