Home English News Pulau Pinang lancar dasar keterbukaan gender pertama di Malaysia

Pulau Pinang lancar dasar keterbukaan gender pertama di Malaysia

209
0
SHARE

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melancarkan Dasar Keterbukaan Gender (DKG) pertama di Malaysia bagi mengurangkan ketidaksamarataan jantina dan meningkatkan kesedaran sivik masyarakat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, selaras dengan Visi Pulau Pinang 2030, dasar itu perlu menjadi tangggungjawab Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk memastikan semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri melaksanakan DKG dalam MMK masing-masing.

“Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri perlu memastikan DKG dilaksanakan dalam jabatan dan agensi masing-masing berdasarkan garis panduan yang disediakan.

“Ketua jabatan dan agensi hendaklah mengumpul “Sex Disaggregated Data” (SDD) dan laksanakan   “Gender Responsive and Participitory Budgeting” (GRPB) dalam jabatan dan agensi masing-masing,” katanya ketika Majlis Perasmian Dasar Keterbukaan Gender di sini hari ini.

Menurut Chow, dasar baru itu telah dirangka sejak 10 tahun lepas diharap dapat menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang serta dapat menjadi ikutan organisasi-organisasi swasta.

“Kerajaan Negeri amat berbangga kerana dapat menjadi teladan dan inspirasi dalam usaha untuk mengurangkan jurang gender di Malaysia,” katannya,

-BERNAMA

Comments