Home English News PDRM usir warga Mesir dan Tunisia atas arahan peguam negara

PDRM usir warga Mesir dan Tunisia atas arahan peguam negara

732
0
SHARE
Ad
ஐஜிபி முகமட் புசி ஹருண்

KUALA LUMPUR: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  mengusir sekumpulan warga Mesir dan Tunisia pada 5 Mac lepas kerana disyaki mengancam keselamatan negara dibuat atas arahan pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata tindakan pengusiran itu perlu segera diambil kerana polis perlu menyekat rangkaian dan aktiviti kumpulan terbabit di negara ini.

“Mungkin ada teknikal problem, kita terima arahan daripada Peguam Negara…ada antara mereka masuk guna dokumen palsu, pasport negara lain takkan kita nak tolerate kerana mereka jelas ancam keselamatan negara,” katanya di sini, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan PDRM  mengusir sekumpulan warga Mesir dan Tunisia kerana kehadiran mereka dikatakan mengancam keselamatan negara disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Anwar dalam kenyataannya itu turut mendakwa tindakan pengusiran itu juga dibuat tanpa merujuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.

Pada Ahad lepas, Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan media memaklumkan PDRM menahan sembilan individu disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM dari 2 hingga 9 Feb lepas pihaknya menahan enam warga Mesir, seorang warga Tunisia dan dua warga tempatan.

Terdahulu Mohamad Fuzi menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Siasatan Jenayah, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan PDRM serta Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini.

Pada majlis itu jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang disandang Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang akan bersara pada Jumaat ini akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Kerajaan Datuk Huzir Mohamed.

Selain itu, 14 pegawai kanan PDRM dipakaikan pangkat masing-masing  manakala 93 pegawai dan anggota telah menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)  atas jasa dan bakti yang telah disumbangkan dalam pasukan itu.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya telah menyerahkan nama-nama calon bagi memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang baharu kepada kerajaan.

“Biar kerajaan yang buat keputusan…Datuk Huzir dilantik menjadi pemangku kerana daripada segi kekananan beliau dan setakat ini beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Siasatan Jenayah begitu lama,” katanya.

— BERNAMA