Home English News 5 teras deklarasi kedamaian Kuala Lumpur 2019

5 teras deklarasi kedamaian Kuala Lumpur 2019

672
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengisytihar lima deklarasi sempena Himpunan Solidariti Kedamaian#Soladarity4Peace yang berlangsung di Dataran Merdeka hari ini.

Dikenali sebagai Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019, ia membawa mesej agar dunia perlu dipertahankan daripada budaya kebencian yang boleh membawa kepada tindakan keganasan.

“Sesungguhnya sebarang tindakan keganasan itu tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama dan kaum kerana keganasan tiada beragama dan tidak pula lahir dari mana-mana kaum,” katanya.

#TamilSchoolmychoice

Perhimpunan itu diadakan susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, yang mengorbankan 50 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain 15 Mac lalu.

Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 itu adalah  seperti berikut:

  1. Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama
  2. Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama
  3. Mendokong segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama
  4. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan negara daripada diancam oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.
  5. Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama.

Perhimpunan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation (CSO) itu disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan agama seperti Sikh, Taoism, Buddha, Kristian, Hindu dan Islam.

— BERNAMA