Home English News Sultan Johor mahu pihak berkuasa siasat pencemaran di 2 sungai

Sultan Johor mahu pihak berkuasa siasat pencemaran di 2 sungai

594
0
SHARE
Ad

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan pihak berkuasa agar segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap dekat Simpang Renggam yang dipercayai menyebabkan berlakunya kematian ikan-ikan di sungai tersebut.

Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan, mahu satu siasatan secara menyeluruh berkaitan pencemaran tersebut dilakukan agar kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak berulang lagi.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak berkuasa yang berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

#TamilSchoolmychoice

“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dijangka melawat Sungai Ulu Benut itu tengah hari ini.

-BERNAMA