Home English News Jangan terpengaruh dakyah pihak yang mainkan sentimen kaum dan agama untuk politik

Jangan terpengaruh dakyah pihak yang mainkan sentimen kaum dan agama untuk politik

605
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Orang ramai terutamanya umat Islam  diminta supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang sengaja mengapi-apikan sentimen kaum dan agama menerusi perhimpunan yang dikatakan akan diadakan di ibu negara Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perhimpunan itu jelas merupakan dakyah  pihak  tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dengan sengaja mengapi-apikan sentimen ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan menasihati rakyat Malaysia supaya memelihara keharmonian kaum dan agama di negara kita,” katanya dalam wawancara bersama media mengenai kementeriannya  sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan di sini, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Muhyiddin menegaskan dakwaan pihak tertentu kononnya kedudukan Islam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) semakin terancam adalah satu pembohongan.

“Apa yang pasti kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan yang  telah termaktub dalam Perlembagaan Negara  tidak akan berubah (di bawah pentadbiran Pakatan Harapan) ,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya memandang serius isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, agama Islam dan institusi raja di media sosial.

Tindakan tegas telah diambil oleh polis dengan 53 kes telah disiasat dan daripada jumlah itu lapan individu telah dituduh di mahkamah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

— BERNAMA