Home English News DAP bukan anti Islam, tetap hormat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan

DAP bukan anti Islam, tetap hormat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan

1097
0
SHARE
Ad

GEORGE TOWN: DAP tetap menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan dan bukannya anti Islam seperti yang difitnah oleh pihak pembangkang, kata Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Steven dalam kenyataannya berkata demikian berhubung laporan media baru-baru ini yang memetik kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai DAP kononnya menentang syiar dan syariat Islam.

“Dr Asri telah memberitahu saya bahawa kenyataan yang dilaporkan media adalah berlainan daripada apa yang beliau katakan sebenarnya.

#TamilSchoolmychoice

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga telah mengundang beliau (Dr Asri) untuk bertemu dan berbincang, dan beliau (Dr Asri) telah menyatakan kesudian untuk menerima jemputan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

DAP sentiasa bersedia menerima teguran dan nasihat dengan lapang dada, demi kebaikan bersama dan juga kemaslahatan semua, namun ada keperluan untuk menolak fitnah pihak pembangkang selama ini kononnya DAP menentang syiar dan syariat Islam.

Sim turut menambah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri dari DAP bukan sahaja memartabatkan agama Islam di negeri ini melalui dasar pelaksanaan pembangunan agama Islam tetapi turut melaksanakan pelbagai program termasuklah membangunkan industri halal dengan menyediakan kawasan seluas kira-kira 40 hektar (100 ekar) sebagai Hab Halal.

“Antara kejayaan dasar-dasar ini ialah penambahan bilangan huffaz daripada103 orang pada 2008 kepada 600 orang pada masa kini, iaitu sebanyak 482 peratus dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya yang turut menambah kini, Kerajaan  Negeri  sedang membangunkan perpustakaan digital Islam pertama di rantau Asia Tenggara.

Beliau turut menyatakan bahawa pencapaian pelajar Islam di Pulau Pinang yang memperoleh pencapaian KAFA terbaik di seluruh Malaysia bagi tahun 2017 dan 2018 adalah sesuatu yang membanggakan.

“DAP sentiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.

Saya berharap semoga silaturahim antara DAP dan Dr Asri dapat dikekalkan dengan meneruskan perbincangan, dialog dan persefahaman sesama kita,” katanya.

— BERNAMA