Home English News Rimba Reptilia Zoo Negara siap hampir 96 peratus

Rimba Reptilia Zoo Negara siap hampir 96 peratus

249
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pusat reptilia terbesar dan tercanggih di dunia, Rimba Reptilia Zoo Negara  kini sudah 96 peratus siap, kata Pengarah Zoologi, Hospital Veterinar dan Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli.

Beliau berkata  Rimba Reptilia seluas 0.404 hektar yang sebelum ini dikenali sebagai House of Reptile itu bakal  menempatkan 38 spesies reptilia iaitu pertambahan daripada 18 yang sedia ada sebelum ini.

” Kita jangka proses pembinaan akan selesai sepenuhnya sekitar Jun ini. Selepas selesai semua proses penyerahan bangunan, kita mungkin mengambil masa antara empat hingga enam bulan untuk menempatkan 38 spesies reptilia termasuk ular, kura-kura gergasi dan iguana ke pusat ini.

“Kita berharap proses  tersebut berjalan lancar dan dapat dibuka pada musim cuti persekolah a n Disember nanti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lebih menarik,  pusat konservasi reptilia paling besar di dunia dari aspek keluasan, reka bentuk dan jumlah spesimen itu juga akan mempamerkan spesies reptilia albino untuk tatapa n pengunjung termasuklah  ular, kura-kura   dan cicak albino .

“Kebanyakan spesies ini dalam jagaan Zoo Negara dan sesetengahnya diperoleh melalui kaedah pertukaran antara zoo di dalam dan luar negara seperti Zoo Singapura, Vietnam dan China ,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Amat Lana berkata pihaknya juga sedang merancang mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi memberi peluang pengunjung mendekati dan memahami reptilia.

” Jika sebelum ini kita banyak bertumpu membuat persembahan ular, selepas ini mungkin pengisian programmnya akan lebih kepada pendidikan. Sebagai contoh, kita akan dedahkan pengunjung kepada jenis-jenis ular berbisa dan bagaimana menghadapi situasi dipatuk ular.

“Saya fikir, ia akan lebih memberi manfaat kepada pengunjung terutama kanak-kanak sekolah serta mereka yang gemar melakukan aktiviti luar seperti mendaki bukit dan berkhemah,” katanya.

D alam pada itu, Rosly menjelaskan Zoo Negara terus menjadi tumpuan para pengunjung pada musim persekolahan dan percutian walaupun harga tiket yang ditetapkan adalah RM45 seorang bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak.

” Sehingga April tahun ini, kami telah menerima lebih 100,000 pengunjung dan dijangka jumlah itu akan meningkat terutama apabila siapnya Rimba Reptilia yang dijangka mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sebulan,” katanya.

Rosly berkata tahun lepas Zoo Negara mencatat sejumlah 370,000 pengunjung dan jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tahun 2017.

– – BERNAMA

Comments