Home English News Kerajaan akan terus perjelas Statut Rome kepada rakyat

Kerajaan akan terus perjelas Statut Rome kepada rakyat

644
0
SHARE
Ad

BUTTERWORTH: Kerajaan akan terus mencari pendekatan baharu bagi  menerangkan dengan lebih terperinci kepada seluruh pelosok masyarakat  berhubung Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) .

Timbalan Menteri Luar  Datuk Marzuki Yahya berkata pihaknya akan cuba membawa perkara berhubung Statut Rome ICC ini kepada masyarakat dan melihat sama ada perlunya  negara untuk meratifikasi perkara itu atau sebaliknya di masa hadapan.

“Kita cuba mencari jalan pendekatan yang baharu untuk kita bawa perkara ini. Kita akan cuba bawa perkara ini (Statut Rome ICC) kepada masyarakat akan pentingnya atau perlu atau tidak di masa akan datang.

#TamilSchoolmychoice

“Kita tidak mahu berlaku kekeliruan lagi. Kita (kerajaan) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Statut Rome ICC ini berikutan timbulnya kekeliruan,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan kepada 200 golongan asnaf di kawasan Parlimen Bagan di Masjid Abdul Kadir di sini hari ini.

Marzuki berkata pentingnya penerangan yang lebih jitu dan terperinci kepada masyarakat selepas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul kelak.

 “Bukan bermaksud kita memberi rakyat membuat pilihan, tetapi ingin ditekankan di sini bahawa pentingnya penerangan kerana tidak mahu lagi kekeliruan timbul. Kita tidak  mahu lagi perkara sebegini berulang dan kita harap pada masa hadapan apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan, maka kita akan teruskan dengan keputusan,” katanya.

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rome berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dalam kalangan masyarakat.

Statut Rome adalah triti atau perjanjian yang mengiktiraf ICC.

— BERNAMA