Home English News Kuih Putu Kacang, Karas jadi pilihan Dr Mahathir dan Isteri

Kuih Putu Kacang, Karas jadi pilihan Dr Mahathir dan Isteri

131
0
SHARE

ALOR SETAR — Kuih putu kacang dan karas yang dijual di gerai Warisan Mak Chah di Kompleks Pekan Rabu di sini menjadi pilihan utama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri.

Peniaga gerai itu Suria Hassan, 49, berkata apabila bulan Ramadan pemimpin nombor satu negara itu serta isterinya tidak akan terlepas untuk membeli dua jenis kuih itu di gerainya yang telah menjadi amalan mereka untuk membeli di situ sejak tahun 80-an lagi.

“Setiap kali bulan puasa, Tun Dr Mahathir dan isteri pasti mai gerai sini beli kuih ini bersama kuih lain, dah lama mereka mai beli sini sejak arwah tok (nenek) saya lagi berniaga,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Perdana Menteri dan isteri di gerainya di sini, hari ini.

Dr Mahathir yang tiba di Kompleks Pekan Rabu secara berasingan dengan isteri beliau pada 11.06 pagi meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau kompleks itu sambil membeli. Turut mengiringi beliau adalah Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Suria berkata kuih lain yang dibeli Perdana Menteri dan isteri ialah dodol lemak dan durian, kuih bangkit, bahulu selain kuah rojak, serunding, biskut suji dan acar limau.

“Tun Dr Mahathir dan isteri beliau sangat teliti dalam membeli kuih ini tetapi mereka tidak cerewet dan tidak berkira daripada segi harga berapa pun,” katanya.

Dr Mahathir turut tidak melepaskan peluang membeli songkok kegemaranya, capal, butang baju dan sampin di gerai ‘Songkok Style Tun’ yang dimiliki peniaga Sardi Dahar di kompleks itu.

— BERNAMA

Comments