Home English News Sistem penggantian pekerja asing diperkenal semula mulai Julai

Sistem penggantian pekerja asing diperkenal semula mulai Julai

919
0
SHARE
Ad

IPOH: Kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula sistem penggantian pekerja asing kepada semua sektor berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Kula Segaran berkata, kewujudan semula sistem, penggantian pekerja asing itu membolehkan majikan mendapat gantian pekerja asing yang telah pulang ke negara asal tanpa perlu melalui proses permohonan  baharu.

“Pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kerajaan meluluskan  penggunaan semula sistem penggantian ini yang telah dibatalkan (kerajaan terdahulu) pada 2017 yang mana ia mengakibatkan kesusahan kepada majikan antaranya pemohon perlu mengambil masa agak lama selain membabitkan kos yang tinggi.

#TamilSchoolmychoice

“Kerajaan percaya pendekatan ini tidak akan melibatkan pertambahan pekerja asing sedia ada sebaliknya mengekalkan jumlah pekerja asing yang telah diluluskan kepada majikan sebelum ini,” katanya.

Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) dan Persatuan Pengilang Minyak Kelapa Sawit Malaysia (POMA) di Pejabat PCCCI Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata keputusan kerajaan itu dijangka dapat membantu menyelesaikan isu kekurangan pekerja yang dihadapi oleh pihak industri bagi memastikan pengeluaran produk dan pencapaian eskport negara tidak terjejas.

Beliau berkata, majikan yang berhasrat untuk membuat permohonan penggantian pekerja asing perlu menghubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sebelum ini, Kula Segaran berkata beliau serta Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan kepada Kabinet untuk mewujudkan kembali mekanisme kerajaan dalam mencari penggantian bagi pekerja asing dengan pekerja asing yang lain.

— BERNAMA