Home English News Mohd Shukri Abdull berjaya pimpin SPRM dengan cemerlang

Mohd Shukri Abdull berjaya pimpin SPRM dengan cemerlang

1142
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah berjaya memimpin suruhanjaya itu dengan cemerlang, termasuk menyelesaikan dua kes berprofil tinggi yang menjadi keutamaan beliau.

“SPRM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan jasa Mohd Shukri, dalam tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, sebelum kontrak tamat pada 17 Mei 2020.

#TamilSchoolmychoice

Mohd Shukri dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu pada 17 Mei tahun lepas.

Beliau kembali bagi menyelesaikan tugas yang belum sempat disiapkan semasa menjawat jawatan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM iaitu menyelesaikan dua kes berprofil tinggi — SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, warga SPRM turut menyuarakan sokongan kepada Latheefa Beebi Koya, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

— BERNAMA