Home English News Bau LPG dikesan di sekolah yang terlibat pencemaran udara semalam

Bau LPG dikesan di sekolah yang terlibat pencemaran udara semalam

990
0
SHARE
Ad

JOHOR BAHRU: Pencemaran udara yang berlaku di dua sekolah Pasir Gudang, semalam, dikatakan berbau seperti Liquefied Petroleum Gas (LPG), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

Beliau berkata bau itu dikesan pihak sekolah sejak tiga hari lepas dan kemudian memaklumkannya kepada pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Berikutan makluman itu, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Bahru; Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan agensi-agensi lain telah digegaskan ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat dan kerja ‘detomination’ di tempat kejadian dengan kadar segera.

#TamilSchoolmychoice

Bagaimanapun, selepas pemantauan kualiti awal udara dilaksanakan, didapati tiada bau tersebut dikesan di tempat kejadian, katanya dalam satu kenyataan.

“Menurut pemantauan kualiti awal udara oleh pihak JAS dan Pasukan HAZMAT, parameter bagi elemen seperti karbon monoksida, hidrogen sulfida dan Volatile Organic Compound (VOC) adalah sifar. Bacaan oksigen di tempat kejadian adalah 21.2 ppm dan ini bermaksud kualiti udara di tempat kejadian adalah normal dan terkawal,” katanya.

Tan berkata pihak JAS kemudiannya melakukan pemantauan kualiti udara di empat ‘point’ dengan frekuensi empat jam sekali.

“Pihak JAS, pasukan HAZMAT dan agensi lain akan meneruskan pemantauan udara di kawasan sekolah terlibat. Pada masa yang sama, pemantauan dalam radius dua kilometer dari sekolah turut dilakukan, selain mengaktifkan satu jawatankuasa saintifik bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca pencemaran,” katanya.

Dalam kejadian petang semalam, seramai 13 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun dan dua kakitangan dari Sekolah Agama Taman Mawar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan selepas mengalami simptom muntah-muntah serta sesak nafas akibat terdedah kepada pencemaran itu.

Ini adalah kejadian kedua melibatkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pada 7 Mac lepas, hampir 6,000 penduduk di kawasan sama terjejas akibat pencemaran udara daripada pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim. Pencemaran tersebut turut mengakibatkan 111 buah sekolah ditutup sementara.

— BERNAMA