Home English News Wajib isytihar harta oleh ADUN, kemenangan PH di Perak

Wajib isytihar harta oleh ADUN, kemenangan PH di Perak

846
0
SHARE
Ad

IPOH: Langkah mewajibkan pengisytiharan harta oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak merupakan satu kemenangan buat rakyat yang memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum Ke-14.

Ini kerana, menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 semalam itu, dapat memacu harapan mengembalikan kegemilangan negeri Perak.

“Saya percaya, langkah menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam kalangan wakil rakyat akan membuka lembaran kepada satu usaha memastikan pentadbiran kerajaan yang bersih dan berintegriti.

#TamilSchoolmychoice

“… tatkala kita sedang membina semula negara ini di bawah semangat Malaysia Baharu, demi perjuangan mewariskan sebuah negara yang lebih baik kepada generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha Perak itu selari dengan amanat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membina sebuah kerajaan yang benar-benar berkhidmat demi rakyat, bukannya menggunakan jawatan untuk mencari kepentingan peribadi serta keluarga.

Semalam, DUN Perak mencatat sejarah apabila menjadi yang pertama di negara ini mewajibkan semua 59 ADUN mengisytiharkan harta mereka dan ahli keluarga terdekat iaitu suami, isteri atau anak dalam Akuan Berkanun.

Semua ADUN perlu mengisytiharkan harta mereka sebelum atau selewat-lewatnya pada 23 Okt dan kegagalan berbuat berbuat demikian boleh digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan hingga setahun selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

— BERNAMA