Home English News Patriot minta Zakir jangan persoalkan kesetiaan masyarakat keturunan India

Patriot minta Zakir jangan persoalkan kesetiaan masyarakat keturunan India

883
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Pesatuan Patriot Nasional (Patriot) hari ini meminta pendakwah Islam Dr Zakir Naik supaya jangan mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India terhadap negara.

President Patriot  Datuk Mohamed Arshad Raji juga meminta  Zakir agar tidak menggembar- gemburkan  tentang layanan kerajaan China terhadap umat  Muslim Uyghur di negara itu..

“Rakyat Malaysia yang berketurunan India setia kepada negara .  Mereka  turut banyak menyumbang  bersama bangsa lain berkhidmat dengan anggota keselamatan dalam mempertahankan raja dan negara.

#TamilSchoolmychoice

“Tindakan Zakir mempersoalkan kesetiaan rakyat Malaysia keturunan India adalah silap dan jahil tentang rakyat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata isu sensitif seperti umat Islam  Uyghur  pula  seharusnya diserahkan kepada kementerian luar untuk ditangani dan tidak perlu digembar-gemburkan.

Arshad mengulas ceramah yang disampaikan oleh Zakir dalam program dakwah Kelantan pada 9 Ogos.

— BERNAMA