Home English News “Terus Suburkan Semangat Keharmonian di negara tercinta ini” – T.Murugiah

“Terus Suburkan Semangat Keharmonian di negara tercinta ini” – T.Murugiah

1088
0
SHARE
Ad

Perutusan Naib President MIC Datuk T.Murugiah sempena Hari Kemerdekaan yang ke 62:

“Salam sejahtera kepada semua warga Malaysia yang dihormati.

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan kita yang ke 62.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Ia mempunyai cabaran perpaduan yang tersendiri dan keindahan nilai budaya hidup dan sosialnya.

#TamilSchoolmychoice

Sejak dahulu kita sudah hidup dalam suasana harmoni yang sungguh indah.

Mengimbau zaman kanak-kanak saya yang tinggal di sebuah ladang getah di Temeloh, Trong, Taiping, Perak.

Menjelang Sambutan Hari Deepavali kakak dan abang saya sering menjemput kawan-kawan mereka daripada kaum melayu datang tidur di rumah saya untuk sama-sama menyambut Deepavali. Keesokkan harinya kawan-kawan kakak dan abang saya membantu ibu saya memasak tosai dan capati bersama serta makan bersama keluarga meraikan Deepavali.

Keseronokkan dan keharmonian cara budaya hidup sebegitu pada zaman kanak-kanak saya, sudah tidak lagi dinikmati oleh anak-anak saya ketika ini.

Begitulah rapatnya dan warna-warninya keharmonian budaya hidup kita yang begitu indah kita nikmati sepanjang zaman kemerdekaan ini.

” Saya merasa sedih kerana hubungan silaturohim antara perpaduan semakin rapuh “.

Semua ini berlaku akibat perbuatan sebilangan ahli politik tidak betanggungjawab menggunakan isu perkauman sebagai agenda politik semata-mata hingga mengadaikan keharmonian kita.

Terdapat ahli politik yang tidak bertanggungjawab yang gemar mengapi-apikan antara kaum hingga mencetuskan perselisihan.

Ada ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggunakan agenda politiknya menghasut hingga berlaku protes, rusuhan dan jika tidak berjaya mereka memburuk-burukkan nama negara hingga ke luar negara.

Sedangkan tugas ahli politik membangunkan negara dengan memimpin rakyatnya ke arah lebih positif dan memperkasa ekonomi mereka dan semua ini boleh dilakukan jika negara ini aman hasil perpaduan dan kerukunan penduduknya.

Saya menyeru agar rakyat Malaysia yang cintakan pada negara ini, melihat kaum lain sebagai kaum mereka sendiri. Ini bermakna kita satu dan menyatu sebagai rakyat Malaysia.

Malaysia yang saya impikan adalah sebuah negara yang tidak meninggalkan mana-mana kaum dalam semua aspek keperluan kehidupan dan pembangunan.

Musuh kita bukan sesama kaum kita di Malaysia tetapi jika kita mahu berjaya kita perlu bersatu untuk bersaing dengan negara-negara luar bagi memajukan ekonomi negara ini.

Sehubungan itu, sikap fanatik dengan sesebuah kaum harus dihentikan dan kita bergerak kehadapan bersama-sama.

Hentikanlah sikap menghentam sesama kaum kerana ia bukan budaya kita.

Sebagai mantan Timbalan Menteri yang menjaga Perpaduan saya menyeru sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini kita rapatkan kembali persahabatan, perhubungan dan silatulrohim antara kita kerana di dalam Al-Quran pun ada menyebut semua umat manusia asal usulnya daripada Adam dan Hawa.

Kemajuan tidak memerlukan pengorbanan perpaduan tetapi menuntut perpaduan demi sebuah kemerdekaan yang perlu kita kekalkan.

Selamat Hari Kemerdekaan ke 62. Salam Perpaduan Malaysiaku tercinta.”