Home English News Penguasaan Bahasa Melayu di kalangan wakil rakyat perlu dipertingkatkan

Penguasaan Bahasa Melayu di kalangan wakil rakyat perlu dipertingkatkan

959
0
SHARE
Ad

BATU PAHAT: Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan wakil rakyat sama ada di peringkat Persekutuan atau Nnegeri perlu dipertingkatkan.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penguasaan bahasa kebangsaan itu seperti contoh boleh dipertingkatkan dalam urusan rasmi seperti surat menyurat atau semasa persidangan.

Beliau berkata ‘Bahasa Melayu’ tidak seharusnya dijadikan isu kerana ia bahasa kebangsaan yang digunapakai sejak negara merdeka.

#TamilSchoolmychoice

“Saya tekankan setelah enam dekad sepatutnya soal bahasa kebangsaan tidak lagi jadi wacana, yang kita tekankan ialah mutu penguasaan bahasa.

“Pertamanya, dalam dasar program kerajaan, kita ingatkan orang politik, penjawat awam memastikan menggunakan bahasa yang baik.

“(Dan) kalau ini diselesaikan, maka senang selepas itu keperluan penguasaan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dalam Seminar Negara Bangsa – Siri 2 yang bertajuk “Bahasa Melayu – Identiti Negara” di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, di sini hari ini.

Beliau turut berkata usaha itu boleh dijayakan dengan mengadakan kursus-kursus melibatkan wakil rakyat dan penjawat awam.

Anwar dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor atas usaha memartabatkan bahasa kebangsaan menerusi seminar yang diadakan.

Yang turut hadir pada seminar itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan.

— BERNAMA