Home English News Mahathir lancar kerangka dasar luar Malaysia baharu

Mahathir lancar kerangka dasar luar Malaysia baharu

739
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu dan berkata ia akan menjadi panduan kepada negara dalam mengendalikan dasar luarnya dalam persekitaran dunia yang cepat berubah dan mencabar.

Beliau berkata unsur-unsur asas dasar luar kekal tidak berubah dan perbezaannya kini adalah dalam pendekatan Malaysia kepada isu-isu tertentu, yang menjejaskan kepentingannya berdasarkan tiga pendekatan yang digariskan dalam kerangka itu.

“Justeru, tema menyeluruh bagi Kerangka ini ialah ‘Perubahan Dalam Kesinambungan’. Ini akan menjadi hala tuju kepada pelaksanaan dasar luar kita.

#TamilSchoolmychoice

“Kita hidup di dunia di mana perubahan berlaku dengan pantas. Perubahan-perubahan ini bukan sahaja memberikan cabaran-cabaran tetapi juga peluang-peluang. Justeru, adalah munasabah Malaysia tidak kekal dengan kaedah-kaedah libat urus tradisional dan sebaliknya secara proaktif meneroka pendekatan-pendekatan baharu,” katanya ketika melancarkan kerangka itu di sini.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar; Menteri Industri Utama Teresa Kok; Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya; Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

-BERNAMA