Home English News TDM ambil tindakan tatatertib terhadap individu terlibat insiden kematian Mejar Zahir

TDM ambil tindakan tatatertib terhadap individu terlibat insiden kematian Mejar Zahir

981
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat dengan insiden kematian Mejar Mohd Zahir Armaya.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pihaknya juga akan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) (berkaitan latihan) jika terdapat keperluan.

“Berhubung dengan permintaan keluarga agar inkues diadakan bagi mencari punca kematian Allahyarham, Kementerian Pertahanan akan membawa permintaan ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk dipertimbangkan.

#TamilSchoolmychoice

“Kementerian Pertahanan juga menyokong kenaikan pangkat Allahyarham kepada Leftenan Kolonel pada Majlis Angkatan Tentera ke-578 (MAT 578) yang telah bersidang pada 17 Sept  lalu tertakluk kepada kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad berkata pihaknya juga dimaklumkan oleh  Lembaga  Siasatan TDM bahawa insiden tersebut sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Allahyarham Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia pada 4 Sept lepas.

— BERNAMA