Home English News Dr Mahathir seru masyarakat Tanjung Piai datang ceramah mega Pakatan Harapan

Dr Mahathir seru masyarakat Tanjung Piai datang ceramah mega Pakatan Harapan

812
0
SHARE
Ad

PONTIAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa pengundi dan penduduk dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk hadir satu ceramah mega di sini bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu, Rabu ini.

Dalam satu video ringkas, beliau menggunakan strategi tersebut supaya pengundi menghadiri ceramah mega PH yang dijadual diadakan di tapak Terminal Bas Kukup Laut, yang bertujuan mendekati masyarakat setempat.

“Saya ingin jemput semua pengundi Tanjung Piai untuk hadir ceramah mega Pakatan Harapan Rabu ini 13 Nov jam 8 malam. Jemput hadir beramai-ramai,” kata perdana menteri dalam satu video berdurasi 22 saat yang diterima pengamal media yang berkampung di sekitar Tanjung Piai hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Di akhir video tersebut, tertera  poster beliau dan maklumat berkaitan ceramah tersebut dan dijangkakan kepimpinan tertinggi PH akan hadir bersama calon mereka, Karmaine Sardini.

Dr Mahathir merupakan antara pemimpin kanan PH yang dijangka hadir pada ceramah mega itu.

PRK itu menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan calon PH Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr  Wee Jeck Seng mewakil Barisan Nasional, Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) serta dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas. Pengundian akan dijalan Sabtu ini.

— BERNAMA