Home English News Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM 202 juta

Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM 202 juta

777
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditutup pada 14 Jan lalu selepas dilanjutkan tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu, berjaya mengumpulkan sebanyak RM202,716,775.10, demikian umum Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Lim berkata keputusan melanjutkan tempoh pemberian sumbangan itu dibuat oleh jemaah menteri pada 2 Jan lalu susulan maklum balas positif dan keprihatinan rakyat Malaysia.

#TamilSchoolmychoice

“Sumbangan yang dibuat selepas tarikh tersebut tidak akan dikreditkan ke dalam akaun dan dipulangkan semula kepada penyumbang,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata Kementerian Kewangan dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun tersebut sebelum pengauditan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara.

“Jumlah sumbangan ini akan digunakan untuk pembayaran hutang kerajaan persekutuan,” katanya.

-BERNAMA