Home English News Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Petaling Jaya

Empat ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol di Petaling Jaya

125
0
SHARE

KUALA LUMPUR:  Empat lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, ditahan dalam Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah, di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua mereka berusia 25 hingga 55 tahun itu, ditahan dalam operasi yang bermula pada 10 malam semalam (1 Jun) hingga 2 pagi tadi dan disiasat di bawah Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, seramai 180 pengguna jalan raya dan 225 kenderaan diperiksa, dalam operasi tersebut.

“Hasil operasi yang dijalankan semalam jelas menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang mengambil minuman keras (beralkohol) sebelum memandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan itu membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

— BERNAMA

Comments