Dr Streram berkata beliau menyokong sepenuhnya pelantikan Rafizi sebagai naib presiden PKR kerana Rafizi merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa dan bekerja kuat dalam parti meskipun tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden pada proses pemilihan PKR lepas.
Dalam program tersebut, Dr Streram yang juga Penyelaras DUN Rantau berkata bantuan kelengkapan sekolah ini diberikan kepada 400 murid daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berumur tujuh hingga 12 tahun.
“Hari ini seramai 200 pelajar menerima bantuan beg sekolah, kelengkapan sekolah berserta baucar Mydin bernilai RM50 manakala 200 lagi pelajar akan diberikan kemudian pada masa terdekat,” katanya.
— BERNAMA