Home English News 91 peratus kawasan terjejas bekalan air telah pulih- Air Selangor

91 peratus kawasan terjejas bekalan air telah pulih- Air Selangor

832
0
SHARE
Ad

SHAH ALAM: Kira-kira 91 peratus kawasan yang terjejas akibat yang terjejas akibat kejadian paip utama yang pecah berhampiran Lebuhraya West-Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping Sabtu lepas telah pulih sepenuhnya setakat pukul 6 pagi ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata pihaknya kini sedang giat melakukan  kerja  pemulihan bekalan air  dengan meningkatkan paras kolam dan tekanan di sistem agihan bagi menstabilkan bekalan ke kawasan yang masih dalam proses pemulihan.

“Antara kawasan yang masih dalam proses pemulihan ialah Batu Belah, Bandar Sultan Sulaiman, Bandar Puteri & Putera 2, Jalan Kapar Batu 1 – 5, Kampung Keretapi, Pangsapuri Sri Perantau dan Bandar Parkland,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Katanya lagi bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan dan pusat khidmat setempat akan terus beroperasi hingga bekalan pulih.

“Status pemulihan akan sentiasa dikemas kini dan pelangan yang masih terjejas boleh menghubungi kami di talian 15300 untuk bantuan atau rujuk aplikasi Air Selangor untuk maklumat terkini,” katanya.

Insiden tiga paip utama pecah di tapak projek WCE sejak Sabtu lepas menyebabkan hampir 800,000 pengguna di 65 kawasan di Klang terjejas.

— BERNAMA