Home English News Status operasi semua premis perniagaan ditentukan MKN

Status operasi semua premis perniagaan ditentukan MKN

1009
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Keputusan status operasi mana-mana premis perniagaan, kilang dan sebagainya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MKN mempunyai kuasa mutlak berbuat demikian dengan mengambil kira keadaan semasa negara ketika kini yang berhadapan dengan penularan COVID-19.

#TamilSchoolmychoice

“Kalau hari biasa PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) boleh menggunakan kuasa mereka untuk membenarkan atau tidak sesuatu industri ataupun premis perniagaan dibuka termasuk bengkel dan sebagainya.

‘’Tetapi ini bukan hari biasa, jadi waktu (PKP) ini MKN yang boleh mengeluarkan arahan dan SOP (Prosedur Operasi Standard),”  katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas kabinet di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berharap supaya semua keputusan yang melibatkan negeri atau daerah mesti diselaraskan dengan kerajaan persekutuan.

Sebelum ini Selangor membenarkan pusat servis kenderaan dan kedai alat ganti beroperasi mulai 9 pagi sehingga 4 petang setiap hari, bagi tujuan kecemasan sepanjang fasa kedua PKP bermula 1 April.

Kerajaan Sabah pula membenarkan kedai tayar serta bengkel beroperasi antara 8 pagi hingga 2 petang setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

MKN sebelum ini memaklumkan sembilan “perkhidmatan tidak penting” yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP seperti bengkel kereta, hanya dibenarkan untuk “beroperasi pada skala minimum”.

— BERNAMA