Home English News PKPP: SOP pelaksanaan persidangan parlimen diluluskan- Ismail Sabri

PKPP: SOP pelaksanaan persidangan parlimen diluluskan- Ismail Sabri

633
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR-  Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara SOP yang dipersetujui ialah pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman  serta jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan Parlimen berjalan.

“Semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

#TamilSchoolmychoice

“Hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat dijadualkan bermula dari 13 Julai hingga 27 Ogos iaitu selama 25 hari, manakala Dewan Negara pula akan bersidang dari 2 Sept hingga 23 Sept iaitu selama 11 hari.

 

-BERNAMA