Home English News “Kedah bukan lagi Negeri sejahtera untuk berbilang agama” – Pemuda MIC

“Kedah bukan lagi Negeri sejahtera untuk berbilang agama” – Pemuda MIC

1744
0
SHARE
Ad

KENYATAAN OLEH DATO’ SASITHARAN SAMUGAM PILLAI, KETUA BIRO ADUAN AWAM PEMUDA MIC KEBANGSAAN

1. Pada hari ini 1 Disember, perasaan penganut agama Hindu di Kedah diganggu lagi.

2. Sebuah kuil di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah telah dirobohkan. Kejadian yang begitu menyedihkan apabila alasan berbohong diberikan oleh pihak berkuasa.

3. Bila ditanya pada pejabat MBAS, mereka berkata ini arahan pejabat Menteri Besar, dan bila dirujuk ke Pejabat MB dikatakan arahan dikeluarkan supaya menangguhkan perobohan tapi pihak penguatkuasa berdegil untuk merobohkannya.

#TamilSchoolmychoice

4. Ini adalah taktik mengalih cerita dan akhirnya penganut agama Hindu yang jadi mangsa.

5. Selain itu l Pegawai Khas MB yang menjaga Hal Ehwal Masyarakat India seolah-olah tidak berfungsi kerana tindakan dan statement beliau tidak diendahkan. Beliau hanya memenuhi kerusi pegawai khas tersebut. Jika begini cara beliau negeri kedah tidak memerlukan wakil masyarakat India yang tidak berfungsi.

6. Kelihatan kini seperti masyarakat India tidak ada nilai lagi sebagai rakyat negeri Kedah. Sebelum ini kuil di depan stesen keretapi Alor Setar diroboh di awal pagi secara senyap, kemudian MB pula menyatakan di Sidang DUN tiada peruntukkan untuk kuil India dan sebagainya.

7. Nampaknya amalan kebebasan agama tidak lagi sejahtera. Pihak penganut agama Hindu di Kedah akan membuat satu laporan polis berkenaan sikap MB yang bermain tarik tali dalam banyak hal tentang masyarakat India.

8. Tindakan MB dan pegawainya jika berterusan boleh jejaskan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama dan Kedah.