Home English News MITRA cadang penubuhan jawatankuasa Penasihat Teknikal bersama MNC

MITRA cadang penubuhan jawatankuasa Penasihat Teknikal bersama MNC

1484
0
SHARE
Ad

CYBERJAYA — Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia  (Mitra) mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa penasihat teknologi dengan kepakaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) untuk mewujudkan peluang bagi komuniti India di negara ini dalam lingkungan pembangunan insan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial P. Waytha Moorthy berkata badan penasihat itu terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan daripada peneraju teknologi dan perniagaan yang boleh bekerjasama dengan Mitra dalam mengenal pasti struktur latihan serta kandungan yang diperlukan.

“Ini untuk melengkapkan para peserta dengan kemahiran khusus yang berkaitan bagi penempatan segera sebaik selesai latihan,” katanya ketika berucap  merasmikan persidangan meja bulat Mitra-IR 4.0 perbadanan multi nasional (MNC) di sini pada hari selasa (Sept 10).

#TamilSchoolmychoice

Waytha Moorthy berkata pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan dan kes tercicir daripada persekolahan seringkali merupakan petunjuk kepada isu lebih serius terutamanya dalam kalangan masyarakat India Malaysia dan pembabitan mereka dalam jenayah.

Katanya sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi kaun India Malaysia menerusi  Mitra yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, beliau mahukan input daripada MNC tentang cara Mitra dapat membantu dalam melaksanakan program pembangunan sumber manusia yang strategik dan khusus.

Antara MNC yang menghadiri perbincangan meja bulat hari ini ialah Huawei Technologies Malaysia, SAP Malaysia, Pricewaterhouse Coopers Sdn Bhd dan KPMG Malaysia.

— BERNAMA