Home English News A Kesavadas angkat sumpah sebagai senator

A Kesavadas angkat sumpah sebagai senator

1466
0
SHARE
Ad
Gambar Ehsan: Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Datuk A Kesavadas Nair hari ini mengangkat sumpah sebagai senator untuk tempoh tiga tahun.

Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran di Dewan Negara.

Kesavadas, 59, yang dilahirkan di Klang, Selangor, adalah seorang peguam dan menjadi anggota DAP sejak 2008.

#TamilSchoolmychoice

Ketika ditemui pemberita selepas upacara itu, Kesavadas menyifatkan pelantikannya sebagai satu penghargaan dan berjanji akan memberi keutamaan kepada pelbagai isu rakyat terutama di peringkat negeri.

Senator itu berkata tumpuan akan turut diberi kepada sektor pelancongan khususnya di Negeri Sembilan yang dilihat kurang dikenali dalam kalangan pelancong tempatan dan asing  walaupun mempunyai banyak tempat menarik.

“Selain itu, saya juga ingin cadangkan agar hospital swasta bekerjasama dengan hospital kerajaan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dengan sebaiknya. Kita sedia maklum hospital swasta kos rawatannya agak tinggi, justeru perkara ini yang boleh kita lihat dan cari penyelesaian,” katanya.

— BERNAMA