Home English News Latheefa tidak akan terlibat dalam siasatan libatkan menteri

Latheefa tidak akan terlibat dalam siasatan libatkan menteri

868
0
SHARE
Ad
Picture Credit: MACC

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Koya, memaklumkan beliau tidak akan terlibat dalam siasatan melibatkan dakwaan yang dibuat Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Datuk Lokman Noor Adam terhadap seorang menteri Kabinet.

Latheefa dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan kes itu akan dikendalikan timbalannya serta pasukan siasatannya.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” kata beliau mengenai laporan SPRM yang dibuat Lokman semalam berhubung transaksi luar negara meragukan ke dalam akaun bank milik seorang menteri pada akhir 2017.

#TamilSchoolmychoice

Laporan itu meminta antara lain siasatan dijalankan terhadap dakwaan pemindahan dana sejumlah US$741,440 (RM3.085 juta) daripada sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan di negara ini ke akaun luar negara menteri berkenaan.

“SPRM akan menyiasat semua laporan secara profesional dan tidak berpihak kepada sesiapa,” kata Latheefa.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lepas menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang membuat keputusan memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

— BERNAMA