Home English News “Bolehkah pengundi India membawa perbezaan dalam pilihan raya?” – Ramasamy

“Bolehkah pengundi India membawa perbezaan dalam pilihan raya?” – Ramasamy

731
0
SHARE
Ad

KENYATAAN MEDIA YB PROF DR P.RAMASAMY, TIMBALAN KETUA MENTERI II, PENANG

Menurut angka rasmi, terdapat 7 peratus masyarakat India daripada jumlah penduduk negara ini. Populasi orang India di negara ini telah menurun secara beransur-ansur berbanding dengan etnik lain.

Faktor-faktor seperti urbanisasi, kadar kelahiran rendah dan lain-lain telah menyebabkan penurunan dalam jumlah masyarakat India. Faktor-faktor tersebut tidak unik bagi orang India tetapi secara amnya berlaku untuk etnik lain.

Majoriti orang India terdiri daripada golongan pekerja yang mengalami masalah gaji rendah, kekurangan akses pendidikan, penjagaan kesihatan dan secara amnya diketepikan oleh agenda agresif kaum dan agama.

#TamilSchoolmychoice

Bolehkah orang India disingkirkan kerana dianggap tidak penting secara politik?
Walaupun orang India tidak mempunyai kepentingan atau keleibhan dari segi bilangan, namun mereka boleh membuat perbezaan dalam menentukan keputusan pilihan raya di negara ini.

Satu pemeriksaan pendaftaran pengundi India di kawasan parlimen telah memberikan beberapa tanda bahawa mereka mempunyai kelebihan yang akan memberi impak kepada keputusan pilihan raya.

Dengan kata lain, walaupun orang India tidak mempunyai majoriti di kawasan pilihan raya, jumlah mereka yang besar dapat membuat perbezaan dalam menentukan pemenang atau kalah dalam pilihan raya.

Orang India dan Cina dan segelintir orang Melayu boleh membuat perbezaan yang memihak kepada PH pada pilihan raya akan datang.

Dalam hal ini, pembentukan atau pengukuhan gabungan sebelum pilihan raya umum akan dianggap penting dan ianya lebih penting untuk memastikan bahawa PH mempunyai gabungan sokongan India, Cina dan Melayu yang tepat.

Menurut saya, orang India akan membuat perbezaan di 62 kawasan parlimen di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (KL), Negeri Sembilan dan Johor.

Walau bagaimanapun, kesan sebenar akan ditentukan oleh kekuatan sebenar pengundi India seperti bagaimana mereka bergabung dengan kaum lain dalam mempengaruhi hasil akhirnya.

undi India mungkin membuat perbezaan yang sebenarnya atau pengaruhi keputusan pilihan raya pada pilihan raya akan datang dalam kawasan parlimen yang mempunyai persaingan yang sengit.

Ianya terpulang kepada calon tidak kira dari PH atau PN untuk mengambil serius akan undi masyarakat India.

Walaupun terdapat 62 kawasan parlimen di negara ini dengan bilangan pengundi India yang besar, tetapi mereka mempunyai kekuatan yang berbeza selaras dengan peratusan pengundi India di kawasan-kawasan tertentu.

Tanpa mengabaikan perinciannya, terdapat empat kategori bagi pengundi India.
Kategori pertama terdiri daripada kawasan parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India antara 21 hingga 26%.

Dalam kategori ini, kita mempunyai daerah Padang Serai (21%) di Kedah, Batu Kawan (22.76%) di Pulau Pinang, Ipoh Barat (24.2%) Bagan Datoh (21%) dan Sungai Siput (21%) di Perak, Rasah ( 21%) dan Port Dickson (22%) di Negeri Sembilan dan Kuala Selangor (21%) dan Kota Rajah (27%) di Selangor.

Kategori kedua terdiri daripada 15 hingga 20% pengundi India di kawasan parlimen.
Terdapat 20 kawasan parlimen dalam kategori ini: Merbok (15%) di Kedah, Bagan (15%) di Pulau Pinang, Batu Gajah (17%), Teluk Intan (18%) di Perak.

Tanah Tinggi Cameron (15%) di Pahang, Klang (17%), Hulu Selangor (16%), Selayang (17%), Subang (15%), Petaling Jaya (19%) dan Kuala Langat (16%) di Selangor.
Batu (17%) dan Lembah Pantai (16%) di Wilayah Persekutuan juga termasuk dalam kategori kedua ini.

Di Negeri Sembilan, Rembau (15%) boleh termasuk dalam kategori ini.

Kategori pengagihan pengundi India yang ketiga adalah sekitar 10 hingga 14 peratus.
Secara keseluruhan terdapat 26 kawasan parlimen.

Sungai Petani (12%) dan Kulim (13%) di Kedah, Bukit Mertajam (10%) dan Bayan Baru (11%) di Pulau Pinang.

Kawasan parlimen di Perak ialah Taiping (13%) Tambun (11%) Beruas (14%) Tapah (14%), Lumut (11%) dan Tanjung Malim (13%).

Di Selangor adalah Gombak (10%), Hulu Langat (10%), Bangi (11%), Sg Buloh (11%), Shah Alam (12%) dan Sepang (14%).

Seremban (13%), Jempol (12%), Tampin (12%) dan Alor Gajah (12%) di Negeri Sembilan, Kawasan parlimen di Johor ialah Segamat (10%), Pagoh (11%), Tebrau (11.5%), Kulai (10%), Iskander Puteri (12.5%), Pulai (10%) dan Pasir Gudang (10%).
Kategori keempat pengundi India adalah mereka yang merangkumi 9% dan kurang.

Di kawasan Indera Mahkota, Temerloh dan Bentong, di Pahang, kehadiran pengundi India meningkat sekitar 5 hingga 9 peratus.

Di Selangor, Ampang dan Pandan telah mendaftarkan 6 hingga 7% pengundi India secara purata.

Di Melaka, Jasin mempunyai 9% pengundi India.

Dan akhirnya di Johore, Kluang dan Sembrong mempunyai pengundi India berdaftar kurang dari 9%.

Keempat-empat kategori pengundi India berdaftar menunjukkan peritus mereka di 62 kawasan parlimen.

Kesan pengundian orang India tentu akan ditentukan oleh sifat persaingan pilihan raya, pakatan yang terbentuk, peluang yang ditawarkan dan lain-lain.

Mana-mana gabungan politik yang ingin mengambil alih kuasa di peringkat persekutuan atau negeri bukan sahaja harus memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan Cina tetapi juga orang India.

Pada pilihan raya umum yang akan datang, orang India dapat membuat perbezaan di kawasan parlimen di mana mereka mempunyai bilangan pengundi berdaftar yang cukup besar.