Tanpa memberikan butiran mesyuarat itu diadakan, Mohamad Fuzi berkata buat masa ini, Jho Low masih belum ditemui dan usaha mengesannya masih dilakukan.
“Pihak polis juga berhubung dengan Interpol dan statusnya masih sama,” katanya selepas Mesyuarat Peringkat Tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Pada Khamis lepas (10 Jan), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan tetap meneruskan usaha mencari ahli perniagaan terbabit walaupun sukar.
Jho Low, yang dikenal pasti oleh penyiasat Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai watak utama dalam skandal berbilion dolar 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipercayai melarikan diri daripada ditahan di Hong Kong ke pulau berdekatan dengan Macau.
— BERNAMA