Home English News Tengku Adnan kekal pengakuan tidak bersalah tuduhan terima rasuah RM 2 juta

Tengku Adnan kekal pengakuan tidak bersalah tuduhan terima rasuah RM 2 juta

861
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengekalkan  pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas satu pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, pada 2016.

 Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan semula semasa sebutan kali pertama kes itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan setelah kesnya dibenar dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2018.

Mahkamah menetapkan enam hari iaitu pada 2, 3, 4, 9, 10 dan 11 Julai 2019 untuk perbicaraan kes Tengku Adnan, 68, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

#TamilSchoolmychoice

Hakim itu juga membenarkan permohonan peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan  supaya mahkamah melepaskan sementara pasport anak guamnya kerana tertuduh mempunyai urusan perniagaan di luar negara selain mempunyai dua orang anak yang masih belajar di luar negara.

Mohamed Zaini membenarkan pasport diserahkan kepada Tengku Adnan sehingga tarikh sebutan akan  datang pada 28 Feb dengan jaminan  RM500,000 beserta seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim tidak membantah permohonan pembelaan berhubung pasport itu.

– BERNAMA