Home English News Aduan terhadap RTM bukan arahan saya- LOKE

Aduan terhadap RTM bukan arahan saya- LOKE

1094
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menafikan memberi arahan kepada pembantunya untuk mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyiarkan ucapan menteri semasa liputan siaran langsung majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Seremban baru-baru ini.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Lim Swee Kuan adalah pandangan peribadinya dan beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo untuk menyiasat.

“Ia hanyalah aduan peribadi, saya telah pun bercakap dengannya (Lim) selepas insiden itu dan kita akan mengambil alih selepas siasatan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Menara Sentral RAC (Railway Assets Corporation) di sini, hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Berikutan isu itu, Gobind meminta RTM mengemukakan laporan berhubung dakwaan bahawa stesen penyiaran kerajaan itu cuba mensabotaj menteri.

Ketika ditanya sama ada kenyataan Lim dilihat sebagai melanggar kebebasan media, Loke berkata: “Ini bukan soal melanggar kebebasan media. Ia adalah persoalan yang kita ingin tahu, ia adalah acara siaran langsung tetapi mengapa bahagian-bahagian tertentu acara itu tidak disiarkan. “

Loke berkata satu surat rasmi akan dihantar kepada Gobind.

Mengulas mengenai kejadian seorang wanita diserang dan disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas, Loke berkata pihaknya akan berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagi mengenal pasti langkah keselamatan yang boleh ditambah baik di semua stesen.

“Perkara ini kita akan bincang dalam mesyuarat post-cabinet esok dan langkah segera akan diambil oleh pengurusan Prasarana,” katanya.

Khamis lepas, seorang wanita berusia 48 tahun ditumbuk serta ditendang beberapa kali dan dilaporkan mengalami kecederaan dengan bengkak di dahi serta beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu, suspek mengekori mangsa yang menaiki lif seorang diri sebelum bertindak menyerang serta melarikan barang milik mangsa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 57 saat yang memaparkan tindakan suspek memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam lif turut tular di laman sosial.

– BERNAMA