Home English News BSH: RM100 untuk bujang dibayar hujung Mac

BSH: RM100 untuk bujang dibayar hujung Mac

1081
0
SHARE
Ad

PUTRAJAYA: Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan  kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,”katanya dalam satu  kenyataan hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Berhubung bayaran selanjutnya, Lim berkata kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan  bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol  1-800-88-2747 serta  e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.

Lim berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lepas, BSH  2019 mengutamakan penerima yang berkeluarga serta menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

Namun, katanya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian kepada semua pihak yang memerlukan  dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan  juga  menyarankan supaya bantuan diberikan kepada anak muda bujang yang berpendapatan kecil.

“Lantaran saranan tersebut dan sebagai menepati hasrat kerajaan berjiwa rakyat yang berkeprihatinan, Kementerian Kewangan, sebagai permulaan, akan membuat bayaran RM100 kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018,”katanya.

-BERNAMA