Home English News 2 Rang Undang-Undang ditarik balik

2 Rang Undang-Undang ditarik balik

179
0
SHARE

KUALA LUMPUR:  Dua rang undang-undang yang dijadual untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, ditarik balik.

Ia melibatkan Rang Undang-Undang Mata Wang 2019 dan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019, yang masing-masing berada di nombor dua dan tiga Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul.

Penarikan balik rang undang-undang itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab kedua-dua rang undang-undang itu ditarik balik.

Rang Undang-Undang Mata Wang 2019 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengurusan mata wang Malaysia oleh Bank Negara Malaysia, pengawalseliaan perniagaan pemprosesan mata wang dan aktiviti pemprosesan mata wang.

Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia (Pindaan) 2019 pula adalah bagi meminda Akta Bank Negara Malaysia 2009.

— BERNAMA

Comments