Home English News Isteri PM Kanada dijangkiti Covid-19

Isteri PM Kanada dijangkiti Covid-19

203
0
SHARE
Gambar Ehsan: REUTERS

MOSCOW: Sophie Gregoire Trudeau, isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, disahkan dijangkiti penyakit COVID-19, memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun, setakat ini Trudeau tidak menunjukkan sebarang gejala yang berkaitan dengan penyakit itu.

Agensi berita Sputnik melaporkan pada Khamis, Trudeau dan isteri telah mengkuarantin diri mereka selepas Sophie menunjukkan gejala seperti selesema.

“Hari ini Sophie Gregoire Trudeau telah diuji positif COVID-19 dan telah diasingkan. Beliau dalam keadaan baik dan hanya menunjukkan gejala ringan.

“Pegawai kesihatan akan mengesan kontak rapat dengan Sophie. Perdana Menteri dalam keadaan baik tanpa sebarang gejala. Mereka akan dikuarantin selama 14 hari,” memetik kenyataan pejabat presiden.

— BERNAMA

Comments