Home English News Ahli parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC

Ahli parlimen cadang dapatkan persetujuan PDRM sebelum laksana IPCMC

878
0
SHARE
Ad

KUALA LUMPUR- Kerajaan dicadang mendapatkan persetujuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Cadangan itu dibuat Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika membahaskan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.

“Kalau nak menghidupkan IPCMC kita perlu mendapatkan persetujuan dan input daripada pihak polis untuk meningkatkan kembali imej polis. Kalau polis tak setuju, tak perlu adakan IPCMC, kalau polis setuju kita adakan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

#TamilSchoolmychoice

Pada November lepas, media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mencadangkan kerajaan tidak terburu-buru membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC di Dewan Rakyat supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen boleh melibat urus pemegang kepentingan dan mendengar pandangan yang dibangkitkan PDRM

Pembentangan RUU itu di Dewan Rakyat pada Disember lepas ditangguh untuk penambahbaikan. Pada persidangan ini, RUU itu tersenarai di nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk bacaan kali kedua.

IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan pasukan polis dan akan bertindak sebagai badan pemantau bebas bagi menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Sementara itu, Ahmad mencadangkan supaya diwujudkan semula tiga pasukan khas dalam PDRM iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

— BERNAMA