Home English News Mesej Tahun Baru 2021, Menteri Sumber Manusia M.Saravanan

Mesej Tahun Baru 2021, Menteri Sumber Manusia M.Saravanan

1841
0
SHARE
Ad

Mesej Tahun Baru 2021, Menteri Sumber Manusia M.Saravanan

Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Syukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan kurniaan kepada kita yang berpanjangan dan membolehkan kita semua berada dalam tahun 2021 ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 yang penuh bermakna! Semoga kehadiran tahun baru ini memberikan kebaikan dan maafaat yang besar serta menambahkan lagi kesempurnaan pencapaian yang terbaik untuk kita semua berbanding tahun lalu

#TamilSchoolmychoice

Seperti yang semua sedia maklum, kita masih lagi berdepan dengan penularan pandemik COVID-19. Segala rutin dan aktiviti kita tidak lagi seperti dahulu dan semuanya kini dalam norma baharu.

Dalam keadaan semasa ini, ketahuilah bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat Malaysia mengharungi cabaran ini.

Sebagai Menteri Sumber Manusia, saya bersama-sama warga kerja Kementerian Sumber Manusia akan terus memberikan komitmen untuk membantu dan menyokong para pekerja dan majikan, selain melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani cabaran dalam pasaran pekerjaan. Malah, Kementerian Sumber Manusia juga sedaya upaya menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja di negara ini

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sekali kepada kerajaan terutama ketika negara berdepan dengan krisis ekonomi dan kesihatan ini.  Kerjasama erat antara kerajaan, majikan dan golongan pekerja pastinya akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam pasaran buruh negara.

Di kesempatan ini, saya juga ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertungkus lumus bekerja dan memberikan perkhidmatan terbaik mereka sepanjang tempoh mencabar ini.

Ingat, kita masih belum lagi menang peperangan membendung COVID-19.Jadi, marilah kita bersama-sama berganding bahu memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.